Photobucket - Video and Image Hosting MySpace Layouts Photobucket - Video and Image Hosting
www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws
Mickey_Girl's

Saturday, July 29, 2006

(''.) Sikap mukmin

~Assalamualaikum~

Mengalirlah air mata mukmin
Atau mengalir air mata hatinya
Bila mengingati Tuhannya...

Malunya hati mukmin
Bila mengenangkanRahim dan Rahman Tuhan...
Remuk redam hatinyaBila teringat Qahhar dan Jabbar-Nya
Resah gelisah jiwanya melakukan dosa

Sedih hatinya lalai dengan Tuhannya...
Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya
Bila terbuat kesalahan dan kesilapan...

Hati mukmin tidak pernah tenang dengan Tuhannya
Tenang dengan dunianya
Jiwanya bergelombang dengan Tuhannya
Bagaikan lautan tak pernah tenang...

Kalau bukan kerana kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama Tuhan...

Secangkir cawan

~Assalamualaikum~

sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yg cantik.'lihat cawan itu,'kata si nenek kepada suaminya.'kau betul,inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat' ujar datuk.pada ketika mereka mendekati cawan itu,tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan berbicara:-'terima kasih untuk perhatian anda,perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik.sebelum menjadi cawan yg dikagumi,aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. namun suatu hari ada seorg penjunan dgn tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. 'Stop!Stop!' aku berteriak. tetapi org itu berkata, 'Belum!'Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.'Stop!Stop!' teriakku lagi.tapi org ini masih saja meninjuku,tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api.'Panas!Panas!' teriakku dgn kuat. 'Stop!Cukup!'teriaku lagi. tapi org ini berkata ,'Belum'. akhirnya is mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. aku fikir,selesailah penderitaanku.oh ternyata belum. setelah sejuk aku diberikan kpd seorg wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. 'Stop!Stop!' aku berteriak. wanita itu berkata, 'Belum!'. lalu ia memberikan aku kpd seorg lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yg lebih panas dari sebelumnya. 'Tolong! hentikan penyiksaan ini!, sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. tapi org ini tidak peduli dgn teriakanku.ia terus membakarku. setelah puas 'menyiksaku' kini aku dibiarkan sejuk. setelah benar2 sejuk seorg wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. aku melihat diriku. aku terkejut sekali. aku hampir tidak percaya, kerana dihadapanku berdiri sebuah cawan yg begitu cantik. semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.

--------------------------------------

seperti inilah kehidupan yg membentuk kita. dalam perjalanan hidup akan byk kita temui keadaan yg tidak menyenangkan,sakit,penuh penderitaan,dan byk air mata. tetapi inilah satu-satunya cara utk mengubah kita supaya menjadi'cantik'jgn lupa bahawa cubaan yg kita alami tdk akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tdk ada alasan utk tergoda dan jatuh dlm dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup. jgn kecil hati,krn Tuhan sedang membentuk anda. bentukan2 ini mmg menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai,anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda utk kehidupan yg lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).
~Assalamualaikum~

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit geng,lama tak nampak, mana ko pergi?" Tanya Duit Singgit.

Lima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak kat One Utama.. tempat2 cam tuh lah.Eh,ko camner lak camna..?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

note: Fikirkan lah wahai sahabat handai semua...mengapakah perkara sebegini boleh berlaku....fikirkanlah?????????

Pantun Budak (Ex) Sekolah Agama (Tapi boleh diguna pakai oleh semua muslimin/muslimat)

~Assalamualaikum~

Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama Smakk.."

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz dan ustazah ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?

"Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz dan ustazah selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim dan muslimah sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak Smakk berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;

"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;

Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"
Kesian ustaz dan ustazah mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;

Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.
Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;

Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.
Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;

Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

(",) Apa kah Itu sebabnya?

~Assalamualaikum~

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab yg zahir. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba Allah sebagai sebabnya..."

*****************************************

hmmm..jika begitu kisahnye untuk manusia,bagaimana dengan perasaan 'cinta' kita kepada yg Maha Esa? apekah kita cintakan Allah hanya kerana Dia telah memberikan kita tangan? atau sekadar die telah berikan kita anggota tubuh yg sempurna? tidak dinafikan,kita perlu mengangkat kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab utamanya...maka bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh Allah? adakah terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu? atau bagaimana dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir dari hati...bukanlah dari akal yg sentiasa lari....