Photobucket - Video and Image Hosting MySpace Layouts Photobucket - Video and Image Hosting
www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws
Mickey_Girl's

Tuesday, November 20, 2007

TIPS KECANTIKAN UTK PARA MUSLIMAH


• Bedakkanlah wajah anda dengan air
wuduk nescaya akan bercahaya diakhirat

• pakaikan lipstick kejujuran pada
bibir anda. Anda akan kelihatan lebih
jelita

• Gunakanlah pemerah pipi anda dengan
kosmetik yang terhasil dari rasa malu
yang hanya berada di salun keimanan
kerana malu adalah sebahagian daripada
iman

• Lakarkan mata anda dengan celak yang
menghindari diri anda daripada
pandanga n kemaksiatan kerana mata
adalah permulaan segala perkara.

• Rawatilah rambut anda dengan
selendang islami yang akan
menghilangka n kelemumur daripada
pandanga n lelaki yang merberhayakan

• Sebaik-baiknya kalunglah diri anda
dengan kalung kesuciaan. Ia akan
sentiasa bercahaya

• Hiasilah kedua-dua tangan anda
dengan gelang tawaduk dan jari-jemari
anda dengan cincin ukhuwah

• Pakailah sabun istigafar yang
menghapuskan segala dosa dan kesalahan
yang dilakukan

• Hiasilah kuku anda dengan inai
semulajadi ciptaan allah swt

• Peliharalah anggota badan anda
dengan fabric keanggunan islam.
Sesungguhn ya orang yang menutup aurat
itu terhindar daripada fitnah

• Sarunglah kaki anda dengan sepatu
yang sesuai supaya mudah untuk kejalan
yang diredhai allah swt

• Terangilah hati anda dengan ayat
suci al-quran. Nescaya hilang bintik-
bintik hitam yang mengaburi nurani anda

• Amalkan tips yang diberikan dan kita
akan kelihatan cantik disisi allah,
sesungguhn ya wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah.

Realiti masa kini...




Salam..ana terjumpa artikel ni kat buletin frenster..
copy from: http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=20892269&uid=28855669

bila baca artikel ni betul jugak kata2 penulis artikl tersebut..rasa insaf,sedih menyelinap perlahan2 dalam diri ana..semoga para pembaca mendapat iktibar sama seperti ana..
wallahualam..


Semalam hujan lebat di sini
ana terperangkap di internet
namun terlewat pulang tidak membuang
masa
Ana isikan dengan melayari web dan
blog yang bercambah di ruangan maya
sangat menyedihkan
sanga t mengecewakan
tiad a lebih dari
hidangan yang memualkan

Cinta, cinta, cinta,
apa tiada yang lebih berharga dari
cinta ?
apa tiada topik lain selain cinta ?
Apa tiada modal menulis selain cinta ?

Ana melayari weblogs muslimat
ramailah mendakwa pejuang muslimat
mujahidahlah, solehahlah,
mujadidahlah, mukminahlah,
musl imahlah....

semuanya hanya pooodaaah !!
langsung tiada faedah
hanya kata dan cakap indah

cerpen, novel, cerita pendek, cerita
panjang...
syair , sajak, sendu, sayu semuanya
cerita cinta
kisah cinta suka, cinta duka,
cinta pejuang itu, cinta pejuang ini
apa tanpa cinta tidak boleh berjuang ??

Nasyid menghiasi minda dan telinga...
tidak salah bernasyid
ana sudah jelaskan dalam tajuk muzik
tapi biar berkadar hanya menghilang
letih badan
bukan menjadi fanatik
bukan menjadi rutin wajib

Itulah wanita malaysia
jauh beza dari wanita Islam dunia
luar...

Hairan,
yang mendakwa dirinya mujahidah
tapi tidak mampu miss filem korea
petang sabtu

hairan,
mendakwa dirinya muslimah
tapi tidak dapat elak dari rindu cinta
sendu
be rcouple tidak menentu
berjiwang tanpa terpandu

seka dar berkongsi kecewa biar ana
cerita,
di sini,
di Yaman ada perempuan
wajah tutup mukanya tidak pernah
kelihatan<>kepada lelaki yang bukan mahram
suaminya sahaja melihat
itulah wanita yang terpelihara iman...

Di sini
ada wanita
dirinya tidak pernah berkata-kata
kepa da lelaki bukan mahram


di sini
ada wanita
dirinya tidak pernah
keluar dari rumah tanpa teman mahram
apatah lagi ke pekan berjalan-jalan
Di sini
ada wanita
yang telinganya terpelihara
walau dari sekadar bunyi-bunyian radio
atau nasyid dan suara lelaki yang
bukan mahram

Di sini ada wanita
hafaz al-qur'an, hafaz hadith
tahu halal haram
kenali fiqih pelbagai mazhab
dirinya wanita suci
terpelihara dari lelaki

teling anya terjaga
hatinya terpelihara
matan ya tertunduk mulia
wajahnya tertutup muka
maruahnya terpelihara...
adakah wanita malaysia sepertinya ?
kecil sahaja sudah kenali cinta
besar sedikit belajar bercinta
remaja sibuk bercinta
dewasa hanyut bercinta

peju angnya pun bercinta
menulis sajak-sajak cinta
cerpen cinta
ustaz itu bercinta dengan ustazah itu
ustazah bercinta dengan ustaz itu
pejuang ini dengan pejuang itu
pejuang apa ?

pejuang cinta ??

jadilah pejuang agama
jadilah seperti Atiqah ra
sudah sampai masa bernikah saja
Suaminya Umar ra
suaminya Zubair ra
ada banyak biacara ?

Jadilah pejuang agama
tumpu perihal agama
jaga bab aqidah
fikir bab feqah
ketahui bab sirah
pelajari bab muamalah
amalkan bab akhlak
fahami bab sunnah

lihat tafsir
lihat kitab hadith
lihat buku fiqih
lihat kitab deeni

sayang<>yang utama di abaikan
yang sampingan diketepikan
yang membuang masa itu yang
dipentingkan


wallahua lam..
yang sedih dan kecewa

MUSLIMAH SEJATI DIKASIHI WANITA SOLEHAH



MUSLIMAH SEJATI DIKASIHI WANITA
SOLEHAH

MUSLIMAH SEJATI

Muslimah sejati akan menghiasi
keperib adiannya dengan budi pekerti
yang luhur dan keimanan yang murni.
Fitrah kasih sayang tersimpan
dalam perasaannya yang halus sehingga
membuahk an kelembutan dan
kehalusan perasaan insaniah. Jika
sentiasa dijaga dengan didikan
syariah, mereka akan menghiasi taman
syurgawi di akhirat nanti.

Alangkah indahnya dunia ini jika
dihiasi muslimah solehah yang
berpegang teguh dengan ajaran Islam
dan menghiasi bibirnya dengan
perkataan yang mulia dan berzikir.
Hatinya tunduk dan patuh dengan
perintah Allah dan menjalankan
kewaj ipan insani sesuai dengan
ketentuanN ya. Muslimah sejati bagaikan
bunga yang mekar menguntum
menceri akan suasana dan taman-taman.

Personaliti wanita idaman bagaikan
kiambang bertaut setelah biduk
berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan
yang mesti ditempuh, namun
kebulatan tekad menyatukan kembali
hasrat kebenaran di dalam nurani.
Ketaatann ya menyejukkan kalbu,
bagaikan titisan embun di pagi yang
dingin sehingga menjadi suri teladan
generasi yang akan datang.

Perhatian Islam terhadap wanita tidak
sekadar melepaskannya dari
lembah bernoda menuju kedudukan yang
mulia. Namun lebih daripada itu,
wanita diberikan keistimewaan dalam
merealisasi kan fantasi dan
impiannya. Anugerah keringanan dan
keistimewaan itu memberikan
kesele saan kepada wanita dalam
menjalani tugas dan tanggungjawabnya.

WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama
terkubur di lembah kejahilan.
Kehidu pannya kembali mewangi ibarat
sekuntum bunga yang mekar setelah
disinari cahaya oleh insan yang
berbudi luhur. Rasulullah telah
mengangkat darjat wanita ke tahap yang
paling tinggi, sehingga
pengorba nan wanita selalu dikenang
oleh setiap insan, kelembutannya
menyejukkan hati bila memandang.

Tiada seorang wanita pun yang ingin
diseksa dengan penuh kehinaan
lantaran dosa yang dikerjakan. Namun
ramai wanita yang suka
mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa
lain yang menyebabkan ia
menjadi penghuni neraka. Hanya wanita
yang memahami hakikat
kewanitaa nnya akan menghargai dirinya
sendiri dan membimbing dirinya
ke jalan yang diredhai Allah.

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon
penghuni syurga, menjadi dambaan insan
yang beriman bagaikan teratai mekar di
tasik madu. Keindahan
akhlakn ya memancarkan keluhuran
nurani, menyejukkan hati dan penyeri
budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah
dan kemungkaran, membuahkan
hikmah umpama senandung rindu syair
keinsafan.

Setiap nasihat dan wasiat yang
disampaikan Rasulullah menjadi pelita
dalam kehidupan seorang wanita
solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan
dunia bagaikan biasan cahaya yang
tidak meninggalkan bekas dalam
sanubarinya . Kezuhudannya tersimpan
rapi dalam mahligai impian untuk
dinikmati dalam taman-taman syurgawi.

Semoga menjadi pedoman wanita yang
ingin menjadi remaja cemerlang,
isteri solehah, dan ibu yang
penyayang, insya Allah