Photobucket - Video and Image Hosting MySpace Layouts Photobucket - Video and Image Hosting
www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws
Mickey_Girl's

Saturday, December 02, 2006

Kesedaran dan keinsafan

~Assalamualaikum~

Cinta, Kekayaan, Kecantikan,
Kegembiraan dan Kesedihan
Alkisah disuatu pulau kecil,
tinggallah benda abstrak. Ada Cinta,
Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan,
Kesedihan dan sebagainya. Pada awalnya
mereka hidup bersama dengan aman dan
saling memerlukan. Namun pada suatu
hari, badai datang menghempas pulau
kecil itu tiba-tiba bergelombang dan
menimbulkan ombak yang sangat besar
dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni di pulau itu segera
berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat bimbang kerana ia tidak
memiliki perahu. Ia berdiri di tepi
pantai untuk meminta bantuan.
Sementara itu air semakin naik
membasahi kaki Cinta. tidak lama
kemudian kelihatan Kekayaan sedang
mengayuh perahu.

"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!"
teriak Cinta. dengan segera Kekayaan
pun menjawab, "Ohh! maafkan aku
Cinta", kata kekayaan. "Perahuku telah
penuh dengan semua hartaku. Aku tak
dapat membawamu Bersama, nanti perahu
aku tenggelam. Lagipun tak ada ruang
untuk kau di perahuku ini."

Cinta amat sedih sekali, namun
kemudiannya dia melihat Kegembiraan
melintasi di depannya dengan sebuah
perahu.

" Kegembiraan! TOLONGLAH aku!" TERIAK
CINTA. Oleh kerana Kegembiraan terlalu
gembira kerana dia telah menjumpai
sebuah perahu, dia langsung tidak
mendengari teriakan Cinta. Air semakin
meninggi membasahi Cinta sampai ke
paras pinggang dan Cinta semakin
panik. Tidak lama selepas itu, lalulah
Kecantikan di depannya.

"Kecantikan! Bawalah aku
bersamamu!"teriak Cinta

"Wah, Cinta kamu sudah basah dan
kotor. Aku tak boleh membawamu
bersama. Nanti kau akan mengotorkan
perahuku yang indah ini." sahut
Kecantikan. Cinta amat sedih
mendengarnya. Cinta mula menangis
teresak-esak.

"Apa kesalahanku, mengapa semua orang
tidak memperdulikan aku?" rintihannya
sayu.

Ketika Cinta sedang menangis, lalulah
pula kesedihan dengan perahunya.

"Ohh, kesedihan, bawalah aku
bersamamu," kata cinta

"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan
aku ingin bersendirian. .." kata
Kesedihan sambil terus mendayung
perahunya. Cinta sudah mula putus asa.
Air semakin naik dan akan
menenggelamkannya. Cinta terus
berharap agar dirinya akan
diselamatkan orang. Dia berdoa kepada
Tuhan. "Oh Tuhan tolonglah aku, apa
akan terjadi pada dunia tanpa aku,
tanpa cinta?"

Pada saat yang kriktikal itu, tiba-
tiba terdengar suara
memanggilnya, "Cinta! Mari cepat naik
ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah
suara itu dan melihat seorang tua
berjanggut panjang memutih sedang
mendayung perahunya. Cinta pun naik ke
perahu itu, tepat sebelum air
menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang
berhampiran, orang tua itu menurunkan
Cinta dan segera meninggalkan pulau
itu. Pada ketika itulah, baru Cinta
sedar bahawa dia tidak mengetahui
siapakah gerangan orang tua itu yang
baik hati dan telah menyelamatkannya
itu. Cinta segera bertanya kepada
seorang penduduk tua di pulau itu,
siapa sebenarnya orang itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!"
kata orang itu.
cinta pun bertanya lagi." tapi
mengapakah dia menyelamatkan aku. Aku
tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan
yang mengenaliku langsung tidak mahu
menolongku," Tanya Cinta kehairanan.

"Sebab, hanya waktulah yang tahu
betapa berharganya Cinta itu..." kata
orang itu. setelah itu fahamlah cinta
akan kepentingannya di dunia ini.

MORAL : ADAKAH CINTA PERLUKAN
KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN
KEGEMBIRAAN? ???